Kalau pergi ke Pelis je pasti ramai yang tidak tahu nak makan di mana kan? Haa siapa cakap Negeri Perlis ni takde tempat best untuk bersarapan. Sebenarnya ada tau! Ada sebuah kedai yang bernama Kopi Kebun dan terletak di Kangar ni, mereka menyajikan makanan sarapan pagi yang sedap tau.
Bukan itu sahaja, suasana kedai ini juga sangatlah cantik tau. Ala-ala sarapan pagi di Cameron Highland. Kalau anda singgah di sini, anda bukan sahaja dapat makan makanan mereka yang sedap ni malah dapat juga bergambar. Menarik kan?
Sebuah akaun di Twitter @NadiaFariha_ ada berkongsi tentang pengalamanya makan di Kopi Kebun ni. Katanya anda patut cuba makan scone mereka. Sedap sangat!
” Siapa cakap perlis takdak tempat best ?! Ni lagi satu tempat breakfast best kat perlis. Kedai dalam kampung ja tapi rasa macam breakfast di cameron ! U gais should try their scone too. Sedap ya ampun ”
Antara makanan yang dijual di sini adalah dari makanan lokal hinggalah ke barat seperti nasi lemak, laksa dan sandwiches. Kalau anda peminat kopi, di sini juga ada menjual kopi yang sedap tau! Anda wajib cuba makan sarapan pagi di sini.
” Sedap weh !! Tak manis sangat dan cair kat mulut !! ”
Selain daripada sarapan pagi, anda juga boleh datang untuk makan petang kerana kedai ini beroperasi sehingga jam 5 petang. Jadi anda boleh lah minum kopi mekera untuk Hi-Tea dan lepak chill dengan kawan korang.
Nampak menarik kan kedai ni? Haa kalau anda kini berada di Perlis atau ada plan hendak ke perlis, anda jangan lupa tau singgah ke Kopi Kebun By Aji Heritage Farm di Kg Sentua, Utan Aji ni okay? Memang dijamin puas hati lah.
Sumber: @NadiaFariha_
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…