Biasanya kita hanya guna sedikit santan kotak ataupun santan segar untuk memasak kan? Baki santan simpan dalam freezer atau chiller. Tapi bila nak guna semula, santan kotak jadi berketul selepas dinyahbekukan. Nak masak gulai pun dah jadi tak cantik.
Untuk elak santan kotak jadi begini, anda boleh praktikkan petua yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Wan Norhasni Wan Han.
Menurutnya, dia ada cara mudah untuk memastikan santan yang berketul ini menjadi elok semula dengan hanya menggunakan cara yang mudah.
1. Ambil santan yang sudah cair dan berketul, lalu masukkan ke dalam blender.
2. Tambahkan air panas dan kisar seketika.
3. Keluarkan dan santan akan cair elok tak berketul lagi.
Lihat video asal di bawah untuk lebih faham:
@one_niey1 Reply to @halimatunsadiah08 sayang kalau buang.. 🤭 senang je, nk guna blik, just ltk air pnas dn blend. #tipsdapur #masukberanda #fyp #myfoodie #tips
Sumber: Wan Norhasni Wan Han (TikTok)
Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…
Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…
Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…
Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…
Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…
Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…