sambal terung

Sambal Terung Berlado memang sedap dan ramai orang suka, tapi ada satu masalah yang sering berlaku iaitu terung jadi terlalu berminyak ketika memasak. Untuk elakkan masalah ini, ada beberapa tips mudah yang boleh anda cuba.

Dengan mengikuti tips ini, anda boleh buat sambal terung berlado yang sedap tanpa terlalu banyak minyak. Jom lihat perkongsian penuh seperti di bawah.

Baca juga: Rahsia Pajeri Terung Yang Sedap, Jangan Tumis Bahan Tumbuk Dengan Rempah

Bahan-bahan:

  • 4 biji bawang merah kecil (potong kasar)
  • 5 ulas bawang putih (cincang kasar)
  • 3 tangkai cili merah besar (potong kasar)
  • 10 tangkai cili padi merah (patahkan untuk elak meletup waktu goreng)
  • 1 biji tomato (potong kasar)
  • 3 biji terung panjang (potong mengikut saiz yang disukai)
  • 1/2 inci belacan
  • 1 cawan ikan bilis
  • 3 helai daun limau purut
  • 1-2 sk garam
  • 1 sk gula
  • Sedikit serbuk perasa

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Pastikan buka api besar supaya minyak betul-betul panas.
  2. Bila minyak dah panas, goreng terung yang sudah dipotong.
  3. Jangan letak terung terlalu banyak, minyak akan menjadi kurang panas dan minnyak akan menyerap ke dalam terung.
  4. Goreng terung separuh masak sahaja, jangan sampai layu. Cukup sekadar nampak sedikit perang.
  5. Angkat terung dan ketepikan seketika.
  6. Guna baki minyak tadi, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  7. Baki minyak ikan bilis tadi, guna untuk menggoreng bawang merah, bawang putih, cili merah besar dan cili padi.
  8. Bila semua dah layu, masukkan pula hirisan tomato dan belacan.
  9. Bila dah naik bau, boleh angkat semua bahan tadi.
  10. Kemudian, kisar kasar semua bahan gorengan tadi.
  11. Selepas itu, tumis bahan kisar kasar ke dalam minyak bekas gorengan tadi.
  12. Kacau sebati dan masak sehingga kering air.
  13. Bila air dah kering dan sudah pecah minyak, perasakan dengan garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Sambung kacau.
  14. Letakkan juga daun limau purut supaya sambal lebih wangi.
  15. Sambung kacau sehingga air sambal kering untuk elak cepat basi.
  16. Selepas itu, boleh masukkan terung dan gaul sehingga ia menjadi lembut dan sebati dengan sambal.
  17. Hidang ke dalam pinggan dan akhir sekali, taburkan ikan bilis yang sudah digoreng tadi. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Ainn Mus, Laila Delaila

Baca juga: Resepi Terung Bulat Goreng Berlada, Lauk Kampung Yang Ramai Suka!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN