sambal sotong kembang

Lauk Sambal Sotong Kembang ini antara lauk kegemaran ramai tau. Memang sedap sangat. Cara penyediaannya pun mudah. Anda boleh ikuti resipinya disini. Masak sendiri di rumah, memang puas hati.

Hidangan ini antara lauk yang sedap dimakan bersama nasi lemak dan lempeng.

Baca juga: Tip Masak Sambal Tumis Lagi Sedap. Sotong, Udang, Sambal Bilis Ada Petua Berbeza Tau

Nak rebus sotong ni ada petuanya. Rebus sekejap saja sotong yang dah dibersihkan. Bila air dah mendidih, terus padam api.

Biarkan seminit dua barulah toskan dan potong-potong. Hasilnya sotong akan lebih lembut dan tak liat bila di makan. Barulah layan masa makan nanti.

Resepi sambal sotong kembang ni telah di kongsikan oleh Cik Puan Har Ryea. Ramai sangat yang share resipi ni.


RESIPI SAMBAL SOTONG KEMBANG

Sambal Sotong Kembang, Makan Dengan Nasi, Nasi Lemak, Lempeng Sodap Beb!

Bahan-bahan:

  • 3 ekor sotong dibersihkan (Rebus sekejap. Bila air dah mndidih terus padam api. Biarkan seminit dua lepastu toskan & potong-potong)
  • 6 -7 sdb cili kering kisar (rebus dulu)
  • 2-3 sdb bawang besar kisar
  • 1 sdb bawang putih kisar
  • 1 sdb halia kisar
  • 1-2 biji bawang besar hiris kasar
  • Seketul kecik gula melaka
  • 1 sdk pes asam jawa Adabi
  • Garam & ajinomoto
  • Sedikit gula pasir
  • Semangkuk kecil kacang tanah (goreng & kisar sedikit kasar)

Cara memasak:

1. Panaskan minyak, goreng bawang besar yang dihiris kasar dan goreng sampai sedikit garing.

2. Masukkan bahan-bahan kisar iaitu bawang besar, bawang putih & halia. Ratakan sekejap.

3. Masukkan cili kering, kisar dan gaul rata.

4. Masukkan jugak gula melaka dan terus tumis.

5. Masukkan pula garam, ajinomoto, gula pasir dan sedikit pes asam jawa. Gaulkan rata & biarkan hingga naik minyak.

6. Boleh masukkan sotong. Gaul rata dan masukkan juga kacang tanah goreng yang dah dikisar kasar tadi.

7. Masukkan sedikit air dan gaul lagi. Boleh tambah kacang tanah jika suka.

8. Terus masak hingga sambal naik minyak & wangi. Kena selalu kacau supaya sambal tak hangit.


Siap untuk dimakan. Tahap kepedasan sambal sotong ni korang boleh adjust ikut suka ye. Kalau nak lagi pedas, korang boleh guna cili kering yang lebih kerinting.

Lagi kerinting tekstur cili tu, bermaksud lagi pedas rasanya. Mesti korang pun tahu tips ni kan. Selamat mencuba.

Baca juga: Tip Masak Nasi Lemak Guna Santan Kotak, Barulah Wangi Dan Masak Sekata

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN