Peminat masakan ala kampung sangat teruja apabila mendengar tentang kesedapan Sambal Pecak yang heboh di media sosial sekarang.
Sambal Pecak merupakan salah satu jenis sambal yang sering disajikan bersama lauk-pauk yang sangat terkenal di kalangan suku Betawi, Indonesia.
Cara membuatnya juga cukup mudah dengan perkongsian resipi melalui video oleh lelaki yang mesra dipanggil Zam di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Sambal Nasi Kak Wok, Pedas Dan Manisnya Cukup Rasa!
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, tumbuk cili padi hijau sampai sedikit halus diikuti dengan cili padi merah. Jika tak nak terlalu pedas, boleh guna lada besar atau lada merah.
2. Masukkan bawang merah dan tumbuk sehingga halus, kemudian masukkan tomato dan tumbuk lagi. Biarkan dahulu.
3. Selepas itu, panaskan minyak dan gorengkan bawang sehingga menjadi bawang goreng tapi jangan terlalu hangit.
4. Masukkan bawang goreng bersama minyak ke dalam sambal tadi, kemudian perasakan garam dan gula.
5. Seterusnya, perahkan limau nipis. Siap untuk dinikmati!
Sebagai tambahan, anda boleh juga tambahkan belacan mengikut citarasa, tapi Sambal Pecak ini sudah cukup sedap tanpa belacan sekalipun.
Kami cadangkan anda cuba Sambal Pecak ini sekali seumur hidup kerana rasanya memang luar biasa dan nasi berlauk menjadi bertambah sedap dibuatnya.
Orang Malaysia memang suka makan sambal untuk sarapan dengan nasi lemak atau dengan lauk nasi campur untuk makan tengah hari dan malam.
Oleh itu, anda boleh cuba makan dengan Sambal Pecak ini nanti dan hidangan seisi keluarga di rumah menjadi lebih sempurna dengannya.
Kami yakin ramai yang tak sabar untuk jadikan sambal ini sebagai stok di rumah dan pasti orang tersayang akan menyukainya.
Selamat mencuba!
Sumber: Zam Akmal dan Senduk
Baca juga: Sambal Budu Tak Pakai Banyak Minyak, Sedar-Sedar Nasi Dah Dua Pinggan!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…