Categories: Resipi

Sambal Pauh Ikan Dengan 5 Bahan, Makan Dengan Nasi Panas Lagi Terangkat!

Anda yang dilahirkan dengan suasana kampung pasti pernah tengok nenek atau ibu anda buat Sambal Pauh Ikan yang sedap tak terkata bukan?

Sesiapa yang pertama kali mendengarnya pasti tertanya-tanya apa itu pauh? Buat pengetahuan anda, pauh itu adalah panggilan untuk buah mangga muda.

Nampak macam hidangan yang mudah dan ringkas, tapi sebenarnya Sambal Pauh Ikan adalah salah satu lauk yang sangat sedap dan terkenal di Kelantan tau.

Nak tahu macam mana cara buat Sambal Pauh Ikan yang lazat, anda boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Noryue Rania di Facebook ini.

Baca juga: Sambal Tempe Kentang Ikan Bilis, Rangup Sampai Kunyah Tak Berhenti

RESIPI SAMBAL PAUH IKAN

Bahan-bahan:

  • Buah pauh ringan atau pelam epal
  • Isi ikan layang panggang atau rebus (lebih sedap jika panggang)
  • Cili api
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

1. Mula-mula, parut atau cincang buah pauh ringan atau pelam epal.

2. Tumbuk cili api, garam dan gula dengan menggunakan lesung batu, terpulang jika nak letak ajinomoto, macam saya tak letak.

3. Masuk isi ikan dan tumbuk sehingga sebati.

4. Akhir sekali, masukkan pauh dan tumbuk lagi sehingga sebati, kemudian pastikan rasa manis, masin dan pedas cukup rasa. Siap untuk dihidang!

Resipi ini cukup ringkas dengan menggunakan isi ikan yang dibakar atau direbus. Jika nak lebih sedap, isi ikan perlulah dibakar supaya ada aroma ikan bakar itu di dalam sambal.

Seperti yang kami beritahu tadi, Sambal Pauh Ikan merupakan lauk yang popular di Kelantan, jadi ia sangat enak dimakan bersama nasi yang panas begitu saja.

Selain itu, hidangan ini juga sedap dimakan dengan jering, buah kerdas atau petai. Sudah cuba sekali, pasti mahu lagi nanti.

Setiap kali makan hidangan orang dulu-dulu, terus teringat nostalgia sewaktu berada di kampung yang pastinya anda takkan lupa sampai bila-bila.

Selamat mencuba!

Sumber: Noryue Rania

Baca juga: Jiran Ajar Cara Buat Sambal Goreng, Resipi Mantap Dari Indonesia

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

3 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago