Ramai yang mencuba membuat sambal kentang kering, namun tidak semua berjaya menghasilkan kentang yang rangup. Nak tahu rahsianya?
Rahsianya terletak pada cara penyediaan kentang itu sendiri. Jika kentang tidak diproses dengan betul dari awal, iaitu dari segi membasuh, merendam, dan menggoreng, hasilnya tidak akan memuaskan.
Oleh itu, jom kita ketahui cara yang betul untuk menghasilkan sambal kentang kering yang rangupp perkongsian oleh seorang pengguna Facebook di bawah.
Baca juga: Tukang Masak Kongsi Tip Ayam Goreng Kunyit Rangup, Isi Juicy & Berkilat!
RESEPI SAMBAL KENTANG KERING
Bahan-bahan:
- 3 biji kentang saiz besar
- Air kapur sirih
Langkah Penyediaan:
- Kupas kentang dan sagat nipis-nipis.
- Bilas sehingga airnya jernih.
- Rendam kentang dengan air kapur sirih dan biarkan selama 1 jam.
- Toskan dan keringkan kentang.
- Goreng kentang dengan minyak yang panas dan banyak hingga kentang berwarna kecoklatan dan rangup.
Bahan Sambal:
- 3 ulas bawang putih
- 4 biji cili merah besar
- 7 biji cili padi (pedas ikut suka)
- 1 helai daun limau purut
- 1 sudu makan gula
- Garam secukup rasa
- Perasa
Cara Penyediaan Sambal:
- Kisar bawang putih dan cili.
- Tumis hingga pecah minyak, kemudian masukkan daun limau purut dan kacau rata.
- Masukkan bahan perasa (gula, garam, dan Megi cukup rasa).
- Tutup api dan biarkan wap panas sambal sejuk seketika.
- Setelah sambal sejuk, masukkan kentang goreng tadi dan kacau hingga sebati.
Nota:
- Jangan gunakan bawang merah, nanti kentang akan menjadi lemau dan tidak rangup.
- Jangan skip gula, kerana sambal akan cepat menjadi lemau jika tidak dimasukkan.
- Sebaiknya, biarkan sambal sejuk seketika sebelum memasukkan kentang, supaya kentang kekal rangup dan tidak lembik.
Kredit resipi dan gambar: Helena Rizanie Abdullah
Baca juga: Tip Kentang Goreng Rangup, Kena Rendam Dalam Air Ini Dulu