Sambal goreng garing ikan bilis ini memang menjadi pelengkap istimewa bila dimakan bersama hidangan seperti telur itik masak lemak cili api.
Walaupun kelihatannya ringkas, sambal ini mampu menggamit kenangan dan menaikkan selera. Sambal goreng ini begitu versatil dan enak dinikmati bersama lempeng, cucur, atau sebagai sapuan pada roti juga boleh!
Resipi ini diwarisi daripada ibu Cik Puan Syalfarina Razali, yang sememangnya pakar dalam menyediakan sambal goreng yang garing dan sempurna. Walaupun beliau boleh memasaknya sendiri, tetap tak boleh menandingi keenakan air tangan mak.
Jom baca resipi penuh yang dikongsikan di bawah ini.
Baca lagi: Cara Buat Kerepek Peria Yang Rangup, Syok Makan Sebab Tak Pahit Langsung!
Bahan-bahan
Cara Penyediaan
1. Mulakan dengan menggoreng ikan bilis hingga ia rangup dan kekuningan.
2. Kemudian angkat dan toskan. Pastikan anda simpan minyak gorengan ini kerana ia akan digunakan untuk menumis sambal nanti.
3. Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga lumat. Anda boleh menggunakan lesung batu atau pengisar jika ingin mempercepatkan kerja.
4. Dengan menggunakan minyak gorengan ikan bilis tadi, tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga bawang layu dan naik bau wangi.
5. Setelah bawang mula kekuningan, masukkan dua senduk besar cili kisar. Pada peringkat ini, boleh mulakan dengan api besar untuk mempercepatkan proses, tetapi pastikan anda kawal agar cili tidak hangus.
6. Apabila cili sudah mula pecah minyak, perlahankan sedikit api. Biarkan sambal terus dimasak pada api sederhana hingga ia benar-benar pecah minyak.
7. Pada peringkat ini, masukkan garam secukupnya dan sedikit gula. Anda boleh rasa dahulu dan sesuaikan mengikut selera. Biarkan sambal dimasak sehingga warna menjadi gelap dan tekstur sambal mulai berderai.
8. Teruskan menggoreng sambal hingga ia benar-benar garing dan berderai. Sambal yang garing ini akan memberi tekstur dan rasa yang unik apabila dicampurkan dengan ikan bilis nanti.
9. Setelah sambal siap, matikan api dan biarkan ia sedikit sejuk. Kemudian, masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan gaulkan hingga rata.
Selamat mencuba!
Sumber: Syalfarina Razali
Baca lagi: Talam Keladi Berlauk Udang Bersama 2 Jenis Sos, Kuih ‘Savoury’ Yang Rasa Istimewa!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…