roti sosej kukus

Setiap kali perut mula berasa lapar, semestinya roti akan jadi antara makanan yang boleh mengenyangkan. Jadi nak tanya, pernahkah anda makan Roti Sosej Kukus yang sedap sebelum ini?

Roti sosej merupakan satu hidangan ringan yang sering menjadi pilihan sewaktu sarapan pagi mahupun minum petang. Bahkan, ia menjadi makanan paling digemari kanak-kanak.

Biasanya roti sosej dibuat dengan cara menggulungkan sosej bersama roti keping lalu digoreng sehingga garing dan baru-baru ini kami telah terjumpa resipi menarik daripada Suzana Othman di Facebook iaitu Roti Sosej Kukus yang sedap.

Resipi ini sangat menarik perhatian ramai kerana hanya menggunakan cara kukus dan tak perlu menggoreng. Jom cuba!

Baca juga: Roti Garlic Dan Sup Cendawan Paling Ringkas, Sesuai Untuk Sarapan

RESIPI ROTI SOSEJ KUKUS

roti sosej kukus

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Mula-mula kukus sosej selama 5 minit. Jika sosej itu beku, boleh naikkan lagi masanya supaya hilang beku.

2. Potong roti oblong secara memanjang tapi jangan sampai terputus.

3. Masukkan sosej ke dalam roti oblong kemudian selimutkan sosej dengan cheese slice yang dibelah dua bahagian.

4. Kukus selama 5 minit atau sehingga cheese cair.

5. Paipkan mayonis dan sos cili di atasnya. Siap untuk dihidang!

Sebagai hiasan, anda boleh taburkan daun parsley kering di atasnya. Boleh juga hias dengan daun salad dan tomato cherry supaya hidangan nampak lebih menarik.

roti sosej kukus

Nak buat Roti Sosej Kukus yang sedap, kami cadangkan untuk anda gunakan sosej yang berkualiti agar lebih puas hati.

Selain dijadikan sebagai sarapan, hidangan ini juga cukup sesuai dijadikan sebagai minum petang.

Jika perut tiba-tiba lapar pada waktu malam dan tak nak makan nasi, makan Roti Sosej Kukus saja sudah cukup mengenyangkan.

Buat pengetahuan anda, Roti Sosej yang dikukus akan menghasilkan roti yang lembut dan gebu. Kami yakin keluarga anda akan menyukainya.

Selamat mencuba!

Sumber: Suzana Othman

Baca juga: Roti Mayonis Berkeju Tarik, Sedap Buat Minum Petang Untuk Anak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN