Anak-anak tak biasa makan berat waktu sarapan? Apa kata buat roti sardin kantin sekolah. Nak buat frozen pun tak ada masalah.
Resipi yang dikongsi oleh Yatiekitchen ini sangat menarik perhatian min bila beliau claim hidangan ini tak serap minyak dan rangup bila dikunyah.
Buat untuk hidangan minum petang memang ngam. Kadang-kadang memang pening fikir nak buat apa lagi untuk minum petang.
Baca juga: Cekodok Pisang, Makanan Kegemaran Datuk Seri Anwar Ibrahim
Roti sardin ni juga sesuai dibuat untuk sebagai makanan tambahan kalau kita ada majlis kecil-kecilan.
Bahan-bahan:
Adunan Tepung:
Tip tambahan: Kalau taknak roti serap minyak, kena buat campuran air panas & air sejuk untuk adunan tepung dan perahan limau nipis.
Cara-caranya:
1. Tumis bawang, bawang putih, cili padi , sehingga garing , masuk cili kisar , masuk sardine ( sos jgn dibuang ), biarkan sampai pecah minyak
2. Perahkan limau nipis , perasakan dengan gula, garam & mushroom seasoning.
3. Satukan kesemua bahan adunan tepung tadi, pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat.
4. Masukkan sardin ke dalam roti, lipat dua , celup dalam adunan tepung , panaskan minyak dan goreng sehingga garing , biar roti goreng sekata.
5. Agak-agak dah kekuningan , toskan pada kitchen towel.
Mudah je kan nak buat roti sardin kantin sekolah ni. Lepas ni kalau ada lebihan roti dan sardin di rumah, boleh buat roti sardin dan frozen kan sahaja. Lebih jimat dan selamat.
Untuk yang suka pedas, nak setiap gigitan tu kena cili, boleh tambah beberapa biji cili padi. Tapi jika ada anak-anak kecil cukup sekadar 4 biji sahaja untuk 1 tin sardin kecil ni. Rasa pedas dia akan kurang dan sesuai untuk dimakan seluruh isi keluarga.
Selamat mencuba!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…