Jika anda mencari idea sarapan atau hidangan ringan yang ringkas tetapi enak, roti sardin bakar adalah pilihan terbaik. Kulit roti yang rangup dan inti sardin yang pedas dan berperisa, ia sesuai dinikmati bersama keluarga.
Selain itu, resepi ini sangat fleksibel kerana anda juga boleh menggantikan inti sardin dengan jem atau inti lain mengikut citarasa dan menjadikannya puff manis atau inti lain seperti daging kisar, ayam atau sayuran.
Taburkan sedikit bijan di atas roti sebelum dibakar dan hidangkan roti sardin bakar ini bersama sos cili atau mayonis sebagai pencicah.
Baca lagi: Resipi Ikan Tenggiri Masak Cuka Berkari Yang Mudah & Padu, Campak-Campak Dah Siap!
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan kacau hingga pecah minyak.
4. Tambahkan lobak merah dan kentang yang telah diparut.
5. Masukkan sedikit air dan kacau hingga sayur masak dan air hampir kering.
6. Masukkan isi sardin yang telah dilenyek.
7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
8. Masak hingga inti menjadi kering dan sebati.
9. Biarkan inti sejuk sebelum digunakan.
10. Gelek roti putih hingga nipis menggunakan penggelek atau botol bersih.
11. Potong sedikit di hujung roti untuk mencipta corak garis-garis seperti puff.
12. Ambil sedikit inti sardin dan letakkan di tengah-tengah roti.
13. Lipat roti dan tekan kelilingnya dengan garfu untuk memastikan ia tertutup rapat dan kelihatan kemas.
14. Sapu permukaan roti dengan telur yang telah dipukul untuk memberikan warna keemasan selepas dibakar.
15. Panaskan oven pada suhu 180°C.
16. Bakar roti selama kira-kira 20 minit atau sehingga keemasan dan rangup.
Sumber: Arm Ika
Baca lagi: Resipi Ikan Merah Masak Cuka Yang Lazat, Boleh Buat Bertambah Nasi Dua Kali!
Peminat kuih tradisional wajib mencuba resepi kuih cara manis ini. Ia adalah salah satu kuih…
Bagi peminat nasi goreng ayam, pasti anda sudah biasa dengan pelbagai versi nasi goreng yang…
Resepi cucur udang simple ini sangat sesuai untuk minum petang. Ada yang lebih suka cucur…
Teringin nak makan luar pada hujung bulan ini, dompet tak menyebelahi pula. Tapi kalau anda…
Resipi pencuci mulut yang boleh disukat dengan mudah seperti Kek Pisang sukatan cawan telah menjadi…
Jika anda merupakan anak peneroka Felda, pasti pernah makan Bingka Kelapa Sawit yang sangat sedap.…