Tiada idea untuk bekal? Mari cuba buat resipi roti poket Doraemon. Apa maksud roti poket Doraemon? Ia adalah roti yang dibuat menyerupai bentuk poket Doraemon.
Bahan asas untuk membuat snek ini ialah roti buku yang digulung nipis. Kemudian, ia dipotong separuh bulatan dengan melekatkan tepi kedua-dua roti.
Baca juga: Roti Mini Shawarma Ayam, Inti Padat & Sedap, Bekal Berkelah Dengan Anak-Anak!
Roti Poket ini diisi dengan daging burger hancur dan sosej. Sebelum inti dimasukkan, roti mesti digoreng terlebih dahulu.
Hidangan ini memang sedap dijadikan minuman petang. Lagi sedap bila dihidangkan panas-panas. Rasanya rangup dan rangup. Sila cuba resipi dari Aziah Anuar ini.
RESIPI ROTI POKET DORAEMON
Bahan-bahan:
- Kepingan roti putih
- Sedikit tepung
- 2 biji telur
- Serbuk roti
- Daging burger
- Sosej
Cara-cara penyediaan:
1. Gelek roti hingga nipis. Lakukan satu persatu sampai habis.
2. Gunting roti jadi bentuk bulatan. Pastikan saiz setiap keping adalah sama.
3. Ambil kepingan roti, sapu bancuhan tepung disekeliling dan cantumkan dengan sekeping lagi roti. Lakukan hingga habis.
4. Celup roti dalam telur yang telah dipukul dan golekkan dalam serbuk roti.
5. Goreng roti satu persatu dalam minyak yang banyak dan sederhana panas hingga garing. Angkat dan tos minyak. Sejukkan sebelum dipotong.
6. Potong tengah untuk dapatkan bentuk poket seperti doremon. Ketepikan.
7. Goreng hotdog hingga garing. Kemudian goreng pula daging burger yang telah dicincang.
8. Campurkan hotdog dan daging. Masukkan sos cili, mayones dan serbuk lada hitam dengan secukupnya. Gaul sebati.
9. Sumbat bahan inti ke dalam roti poket yang telah dipotong tadi. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba idea menu bekal yang comel dan sedap ini.
Sumber: Facebook Aziah Anuar
Baca juga: Onigiri Tuna Mayo Ala Family Mart, Boleh Buat Bekal Untuk Anak-anak