Setiap orang harus mengambil sarapan untuk memulakan hari yang lebih bertenaga. Oleh itu, anda boleh cuba buat Roti Pattaya yang sedap untuk sarapan pada hari ini.
Tak kisahlah kerja di rumah atau luar, namun waktu pagi adalah waktu paling penting dan semestinya anda nak lebih bersemangat untuk mulakan tugas harian.
Hidup seharian tak bermakna tanpa sarapan yang enak, jadi Roti Pattaya adalah menu sarapan terbaik buat anda seisi keluarga.
Rupa bentuknya sama seperti roti sandwich, cuma Roti Pattaya ini nampak lebih enak apabila dibungkus dengan telur.
Cara buat Roti Pattaya yang dikongsikan oleh Nyda Nyda di Facebook ini cukup menarik dengan hanya menggunakan 3 bahan saja. Jom cuba!
Baca juga: Cucur Roti Gardenia, Guna 3 Langkah Saja Tapi Lembutnya Luar Biasa
RESIPI ROTI PATTAYA
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Panaskan kuali yang tahan lekat dan tumis sardin untuk dijadikan sebagai intinya, kemudian angkat dan ketepikan terlebih dahulu.
2. Tuang sebiji telur yang telah dipukul dan ratakan atau lenggang telur tadi seakan-akan buat pattaya. Jangan lupa untuk pastikan ketebalannya tidak terlalu nipis dan terlalu tebal.
3. Ambil sekeping roti dan letak di atasnya, kemudian letakkan inti di atas roti dengan secukupnya dan ratakan.
4. Tutup inti dengan sekeping lagi roti, kemudian bungkus roti tadi dengan telur. Diingatkan supaya berhati-hati agar kulit pattaya tidak koyak. Siap untuk dihidang!
Roti Pattaya ini sungguh sedap dimakan dengan rasa telur dan inti yang menyelerakan. Setelah mencubanya sekali, pasti hari esok nak buat lagi.
Hidangan ini bukan setakat enak dimakan pada waktu pagi, malahan anda boleh jadikannya sebagai menu minum petang yang ringkas.
Anak yang cerewet dalam bab makan pun boleh kalah apabila melihat hidangan ini di depan mata dan kami yakin mereka pasti makan sampai licin.
Selamat mencuba!
Sumber: Nyda Nyda
Baca juga: Roti Sosej Kukus Guna 5 Bahan, Tak Goreng Pun Tetap Lembut Dan Gebu