roti mini burger

Penggemar burger sila hadir. Jom buat Roti Mini Burger dekat rumah. Anak-anak pun tentu suka sebab boleh buat aktiviti bersama dengan mereka. 

Memang enak dan sedap bila dapat menikmati burger bila roti burgernya lembut dan gebu tidak keras dan kasar seperti kebanyakan roti burger yang terdapat di pasaran. Untuk memperolehi tekstur lembut dan gebu itu memang kena buat sendiri.

Baca juga: Cara Buat Roti Sisir Atau Roti Balok, Gebu Dan Sedap 

Resipi Roti Mini Burger ini telah dikongsikan sendiri oleh Fauziah Gee menerusi laman Facebook dan telah meraih sebanyak 829 shares! Mesti ramai nak mencubanya.


RESIPI ROTI MINI BURGER

roti mini burger

Mesti ada yang dah tak sabar untuk tahu step by step cara penyediaan roti burger ni kan. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahannya. Buat sendiri lagi jimat dari beli kat luar. Anak-anak pun boleh makan puas-puas.

roti mini burger

Bahan-bahan:

  • 300g tepung high protein unbleached
  • 40g gula pasir
  • 20g susu tepung full cream
  • 1.5g bread improver – Bakarine Plus
  • 142g air sejuk 
  • 33g/2 biji kuning telur gred B
  • 40g marjerin pelangi
  • 3g garam halus
  • 5g saf instant yeast

Cara membuatnya:

1. Mula-mula, campur kesemua bahan di atas dan uli sehingga doh betul-betul elastik.

2. Lepas uli, timbang 20g setiap doh kemudian bulatkan doh dengan kemas dan rehatkan doh selama 5 minit.

3. Sementara itu sapu ring mini burger dengan minyak pada bahagian dalam.

4. Lepas rehatkan doh, terbalikkan doh, celup dalam air sebahagian saja. Kemudian tekapkan doh pada bijan putih dan susun dalam ring. Dah siap tutup doh proofing sehingga doh naik tiga kali ganda dari bentuk asal.

5. Lepas doh sudah naik, spray air pada permukaan doh secukupnya. Kemudian tutup doh semula. Sementara itu panaskan oven 10 hingga 20 minit bergantung pada oven masing-masing dengan suhu 180°c atas bawah.

6. Kemudian lepas panaskan oven terus je bakar roti 15 hingga 20 minit atau sehingga roti keperangan pada bahagian atas dan bawah.

7. Dah masak, angkat dan sejukkan roti atas redai. Roti dah masak sempurna. Siap!


Wow! Memang marvelous sangat! Memang naik gebu dan cantik kejadiannya. Ribuan terima kasih kepada Fauziah Gee kerana sudi berkongsi resipi untuk dicuba.

Semoga bermanfaat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN