roti bakar kaya

Roti bakar kaya mentega ala kopitiam antara sarapan yang cukup mudah disediakan, menjadikannya pilihan sarapan kegemaran ramai.

Proses membuatnya juga tidak renyah. Malah, dengan hanya beberapa langkah mudah, roti bakar ini dapat disiapkan dalam masa yang singkat.

Bahan-bahan yang digunakan untuk roti bakar kaya mentega ini juga sangat ringkas dan senang didapati di mana-mana kedai runcit atau pasar raya.

Anda hanya memerlukan roti putih, kaya pandan dan mentega. Kesemua bahan ini adalah bahan asas yang biasanya ada di dapur setiap rumah.

Jika ada yang ingin tahu cara penyediaannya dengan lebih lengkap, jom ikuti resipi penuh seperti di bawah.

Baca juga: Tip Buat Roti Sosej Rangup & Tak Serap Minyak, Resipi Mudah Guna 4 Bahan Je!

ROTI BAKAR KAYA BUTTER ALA KOPITIAM

roti bakar kaya

Bahan-bahan:

  • Roti putih yang dibuang tepi
  • Kaya pandan
  • Pure butter (lebih sedap berbanding guna mentega)

Cara-cara:

  1. Bakar roti menggunakan oven jika tiada pemanggang roti. Pastikan roti tidak dibakar sehingga terlalu garing kerana ia akan menjadi liat apabila sejuk.
  2. Potong roti kepada dua bahagian.
  3. Sapukan kaya pandan pada sebelah bahagian roti sahaja untuk mengelakkan roti menjadi terlalu manis.
  4. Letakkan mentega yang telah dipotong nipis pada roti. Jika tidak mahu terlalu muak, hiris mentega nipis-nipis.
  5. Tutup roti dengan bahagian roti yang lain.
  6. Roti siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi dan gambar: Nur Haziqah

Baca juga: Cara Buat Roti Naan Express, Ini Tips Supaya Kekal Lembut & Gebu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN