Resepi dicuba dari Allrecipes.com, rating resepi adalah 4.5 bintang, lazat dan berkhasiat. Menghasilkan brownies yg lembab (bergantung kepada kesegaran zucchini).

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Zucchini Brownies

Resepi dicuba dari Allrecipes.com, rating resepi adalah 4.5 bintang, lazat dan berkhasiat. Menghasilkan brownies yg lembab (bergantung kepada kesegaran zucchini).

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 cwn (120 ml) minyak sayuran
  • 1 1/2 cwn (300g) gula pasir
  • 2 sk (10ml) ekstrak vanilla
  • 2 cwn (250g) tepung serbaguna
  • 1/2 cwn (45g) serbuk koko (unsweetened)
  • 1 1/2 sk (7g) baking soda
  • 1 sk (6g) garam
  • 2 cwn (250g) zucchini parut -buang kulit
  • 1/2 cwn (60g) walnut cincang
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven (175 darjah celcius). Gris dan taburkan sedikit tepung pada loyang 9×13″.
  • Dalam mangkuk besar; campurkan minyak, gula dan vanilla. Dalam mangkuk lain; gaulkan tepung, serbuk koko, baking soda dan garam. Masukkan adunan tepung ke dalam adunan gula tadi. Gaul sebati. Adunan akan berderai. Masukkan zucchini dan walnut. Gaul rata. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang dan ratakan.
  • Bakar selama 25-30 minit, atau hingga masak. Boleh disapu frosting coklat jika suka. Sejukkan sebelum disapu frosting atau dikerat kepada 24 bahagian.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN