Bagaimana cara nak masak Yi Mi Berkuah?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Asian
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Yi Mi Berkuah
Bagaimana cara nak masak Yi Mi Berkuah?
BAHAN-BAHAN
- 4 keping yi mi kering
- 3 ulas bawang putih (Dicencang)
- 1 sudu teh lada hitam kisar
- 100 g isi ayam (Dipotong kecil)
- 100 g bebola ayam
- 1 cawan air
- 1 kiub pati ayam
- 100 g bunga kubis
- 1 batang lobak merah (Dipotong)
- 1 sudu makan tepung jagung (Dibancuh dengan ½ cawan air)
- 1 pokok daun bawang
- 1 pokok daun sup
- 3 sudu makan minyak masak
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih dan lada hitam
sehingga wangi. - Masukkan isi ayam dan bebola ayam. Kemudian kacau rata.
- Masukkan air, kiub pati ayam, bunga kubis, lobak merah, dan
garam. Biarkan mendidih. - Masukkan air bancuhan tepung jagung dan masakkan lagi
sehingga mendidih. - Tuangkan ke dalam pinggan berisi yi mi.
- Taburkan daun bawang dan daun sup di atasnya dan hidangkan
semasa panas.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.