Yee Mee Kung Fu

Mudah & cepat disediakan utk dinner, Sesuai utk ibu-ibu yg bekerja & kanak-kanak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Yee Mee Kung Fu

Mudah & cepat disediakan utk dinner, Sesuai utk ibu-ibu yg bekerja & kanak-kanak.

BAHAN-BAHAN

  • 1 gulung mee kering (mee sanggul/yee mee)
  • 1 ulas bawang putih (mayang)
  • 2 biji cili padi (ikut kepedasan & dimayang)
  • 1/2 biji cili merah (dimayang)
  • 5 biji bebola ayam (dipotong 4)
  • 15 grm isi ayam
  • 4 helai daun sawi (potong 1 inci)
  • 1 biji telur
  • 2 sb sos tiram
  • 1/2 sk serbuk lada sulah
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • 1/2 sk serbuk pati ayam Maggi
  • 1/2 sk garam (sesedap rasa)
  • 2 sb tepung jagung (dibancuh dgn 150ml air rebusan ayam )
  • 2 sb minyak masak
  • 2 btg daun bwg (dihiris utk hiasan)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak , tumis bhn yg dimayang sehingga naik baunya.
  • Masukkan isi ayam dan bebola ayam. Kacau hingga sebati dgn bhn tumisan tadi.
  • Masukkan pula bancuhan tepung jagung dgn air rebusan tadi. Biarkan sedikit mendidih.
  • Semasa air sudah mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat masukkan serbuk lada sulah , serbuk lada hitam , serbuk pati ayam dan sedikit garam.
  • Pecahkan pula telur dan kacau sehingga telur masak berketul-ketul
  • Masukkan yee mee atau mee sanggul tadi .Tambahkan sedikit air jika mahukan yee mee betul2 lembut dan perasakan lagi.
  • Masukkan daun sawi.
  • Last sekali, taburkan dgn daun bwg dan siap utk dihidang panas2.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago