Resipi asal dari internet. Tak ingat yang mana. Namanya roti, tapi macam kek. Ini nak habiskan stok kurma bulan puasa hari tu…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Walnut & Dates Bread

Resipi asal dari internet. Tak ingat yang mana. Namanya roti, tapi macam kek. Ini nak habiskan stok kurma bulan puasa hari tu…

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 cawan (50g) walnut – panggang kemudian cincang kasar
  • 8 oz (225g) kurma – cincang kasar
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 cawan (240ml) air mendidih
  • 2 cawan (280g) tepung serba guna
  • 1/2 cawan (110g) gula perang
  • 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 biji telur – saiz besar
  • 1/2 cawan (113g) mentega tanpa garam – disejukkan dan dipotong dalam kiub
  • 1 sudu teh ekstrak vanila
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven 180C dan griskan 9x5x3 loyang roti (kalau guna loyang biasa pun boleh).
  • Di dalam mangkuk besar, campurkan kurma cincang dengan soda bikarbonat dan sedikit garam. Tuangkan 1 cawan air mendidih, kacau & biarkan sejuk selama 1 jam.
  • Di dalam mangkuk lain, campur sebati tepung, gula, serbuk penaik, garam dan kayu manis (jika menggunakannya).
  • Campurkan pula mentega dan gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti yang kasar.
  • Gaulkan walnut cincang ke dalam adunan.
  • Di dalam mangkuk berasingan, pukul telur bersama ekstrak vanila.
  • Akhir sekali kaupkan campuran tepung dan telur ke dalam kurma yang telah sejuk. Gaul sebati.
  • Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 50-60 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan & keluarkan dari loyang. Jika dibungkus dengan rapi, roti ini masih dalam keadaan baik selama beberapa hari tanpa disimpan di peti sejuk.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN