Vegetable fritters (cucur sayur)

sesuai untuk breakfast…try la..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Vegetable fritters (cucur sayur)

sesuai untuk breakfast…try la..

BAHAN-BAHAN

  • 1/4 biji kubis kecil (dimayang halus)
  • 3 tangkai daun sup/daun bawang (di hiris halus)
  • 1/2 biji lobak merah (dimayang halus)
  • 3 batang kacang panjang (dihiris halus)
  • 1 biji bawang besar (dihiris halus)
  • 2 cawan tepung gandum
  • air secukupnya (kalau nk lembik,lebihkan air.kalau nk keras sikit,kurangkan air)
  • 2 sudu besar mayonis
  • 2 biji telur,dipukul perlahan dgn garpu
  • garam dan serbuk ikan bilis secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Dalam mangkuk adunan yang besar,gaulkan tepung, telur dan mayonis hingga sebati. Kemudian perasakan dengan garam dan serbuk ikan bilis. (macam kite wat jemput2/cekodok tu)
  • Masukkan sayur yang telah dipotong dan gaulkan hingga rata..kalau suka sayur,boleh lebihkan kuantiti sayur tu…
    sayur yang digunakan pun ikut sayur yg anda suka
  • Goreng di dalam minyak yang panas dgn api sederhana. Untuk saiz kecil, cedokkan sudu besar adunan.
    jika mahu saiz yg lebih besar, gunakan senduk.. Goreng sehingga kuning keemasan..
  • Sedap dihidangkan semasa panas.. Cicahkan dengan sos
    atau pencicah kegemaran anda..Dengan mayonis pun boleh…selamat mencuba…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago