Urap Silom

Masakan kampung lagi, warisan emak jugak. Kita makan ulam-ulaman pulak…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Urap Silom

Masakan kampung lagi, warisan emak jugak. Kita makan ulam-ulaman pulak…

BAHAN-BAHAN

  • Secekak silom @ selom
  • 2 biji cili merah
  • Sedikit belacan – dalam 2 cubit
  • 4 ulas bawang merah – dimayang halus
  • 2 jemput ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • Cili padi – kalau nak pedas tapi saya tak gunakan
  • Kelapa parut secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Cili merah ditumbuk bersama sedikit garam dan belacan hingga lumat.
  • Kemudian masukkan ikan bilis dan ditumbuk sedikit, jangan sampai hancur. Cukup setakat untuk pecah2kan ikan bilis sahaja.
  • Masukkan pula kelapa parut dan ditumbuk ala kadar sahaja. Jangan sampai lumat.
  • Keluarkan bahan2 yang ditumbuk dari lesung dan masukkan ke dalam bekas @ mangkuk. Campurkan bawang yang telah dihiris dan gaul hingga rata. Ketepikan.
  • Cuci bersih daun silom dan dipotong halus – macam potong daun bawang/sup.
  • Campurkan daun silom yang telah dipotong bersama dengan bahan2 yang telah ditumbuk. Kacau hingga rata dan sebati.
  • Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas….
  • Silom boleh digantikan jugak dengan kacang botol ke, pegaga ke. Emmm…sedapnya!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago