Umai Ikan Pirang

Makanan sampingan org sarawak. Kiranya mcm sushi lah kata org nipon. Sedap dimakan bersama nasi @ biji sago (dari mukah)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Umai Ikan Pirang

Makanan sampingan org sarawak. Kiranya mcm sushi lah kata org nipon. Sedap dimakan bersama nasi @ biji sago (dari mukah)

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kg ikan pirang (ikan kuning yg bertulang, kat swk semua panggil nama ni)
  • 2 biji limau nipis = 4-5 biji limau kasturi. Guna yg mana senang dicari. Tapi saya sarankan guna limau nipis.
  • Sebiji bawang besar (dipotong mcm kat dlm gambar)
  • 2 biji cili merah (dipotong kecil). Kalau suka pedas guna cili padi.
  • Garam & serbuk perisa secukup rasa.
  • 10 tangkai cili kering (dikisar @ diketuk)
CARA PENYEDIAAN
  • Kikis sisik ikan dan ambil isinya. Lebih elok guna pisau yang tajam sebab kita nak ambil isinya saja. Kira mcm nak buat fish fillet.
  • Masukkan ke dalam peti ais bahagian sejuk beku kira-kira selama 10 minit. Jika nak asli lagi, isi ikan dijemur di tengah panas matahari. Ini dilakukan supaya isi ikan tidak basah & berlendir semasa proses menghiris kecil-kecil isinya.
  • Isi ikan dihiris kecil-kecil mengikut selera sendiri sehingga habis kesemuanya.
  • Gaul bersama garam & serbuk perisa secukup rasa.
  • Perahkan air limau nipis ke atas campuran tadi. Pastikan ikan nampak keputihan (kira masak lah). Jangan terlalu masam kerana rasa ikan akan hilang.
  • Masukkan cili yang sudah dikisar dan gaulkannya.
  • Akhir sekali, masukkan cili merah@ cili padi yg dihiris kecil bersama bawang besar.
  • Selamat mencuba resepi ringkas ini. Kalau nak lebih…tambahkan kobis masin. Pasti tak toleh orang kat sebelah.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago