Masakan Kelantan, masa penyediaan 15 minit saja, memang ringkas dan senang. Sesuai untuk berbuka dan sahur. Cepat dimasak, sedap dimakan. (Resepi asal dari buku Pandai Memasak: 1000 Pilihan Resepi Keluarga)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Udang Rebus Serai

Masakan Kelantan, masa penyediaan 15 minit saja, memang ringkas dan senang. Sesuai untuk berbuka dan sahur. Cepat dimasak, sedap dimakan. (Resepi asal dari buku Pandai Memasak: 1000 Pilihan Resepi Keluarga)

BAHAN-BAHAN

  • 800 gm udang (saiz besar lagi sedap)
  • 5 ulas bawang merah (sebesar ibu jari – dimayang)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 1/2 cm halia (dimayang)
  • 1 keping asam gelugur
  • garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan udang yang telah dibersihkan bersama semua bahan yang dimayang, serai dan asam gelugur ke dalam periuk.
  • Tambah air mengikut citarasa.
  • Masak hingga mendidih.
  • Tambahkan garam dan perasa secukupnya.
  • Biar sebentar dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN