Udang masak asam

masakan yang simple sesuai pada yg sibuk..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Udang masak asam

masakan yang simple sesuai pada yg sibuk..

BAHAN-BAHAN

  • 10-12 ekor udang saiz L@XL
  • 1 biji kentang (dipotong bulat dan goreng)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 1 biji cili hijau (dhiris)
  • sedikit lada hitam (ikut kesukaan.. nak pedas tambah lagi)
  • sedikit asam jawa
  • air
  • kunyit, garam dan gula
  • 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1cm halia (dihiris halus)
CARA PENYEDIAAN
  • Siang udang ikut selera (saya buang kulit semua) dan belah belakang udang.. buang yang hitamnya.
  • Kemudian gaul udang tersebut dengan sedikit kunyit dan garam.
  • Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak masak, tumis bawang putih, halia, bawang besar dan cili hijau. Masak hingga layu sahaja (jangan garing)
  • Masukkan udang, goreng hingga masak (kemerah-merahan).
  • Kemudian masukkan air asam jawa (ikut selera kalau nak berkuah, masukkan lebih), lada hitam dan biarkan ia mendidih.
  • Masukkan kentang yang dah digoreng tadi, gula dan garam sebagai perasa. Gaul seketika. Tutup api.
  • Siap dan sedia dihidangkan.
  • Cadangan: selain udang.. resepi ini sesuai digantikan dengan sotong

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago