Udang Goreng Kembung

Sedap ratah ngan sos+mayonis

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Udang Goreng Kembung

Sedap ratah ngan sos+mayonis

BAHAN-BAHAN

  • 20 ekor udang (Dibersihkan, dibuang kulit kecuali bahagian ekornya)
  • 3 sb (bumbung) tepung gandum
  • 1 sb (bumbung) tepung beras
  • 100 ml air
  • Garam secukupnya
  • 1/2 sk eno
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam mangkuk besar.
  • Kemudian masukkan sedikit garam dan 100 ml air.Kacau adunan sehingga sebati.(Ia akan kelihatan sedikit pekat) Adunan ini dipanggil bater
  • Masukkan adunan (2)@bater ke dalam freezer seketika sehingga mahu digunakan.
  • Keluarkan adunan@bater dari freezer dan masukkan eno.kacau sebati sehingga adunan nampak seakan berbuih-buih kecil dan adunan ringan.Eno dimasukkan ketika mahu digunakan untuk mendapatkan buble ia….
  • Panaskan minyak, celup udang ke dalam (4) kecuali bahagian ekor dan putar2kan ia supaya salutan menjadi sedikit tebal dan goreng terendam sehingga kekuningan.Angkat dan toskan..
  • Sedia di hidang bersama sos kegemaran
  • NOTE : Ini adalah Eno yang saya maksudkan..Ada di jual di kedai2 runcit tak pun pasaraya dalam botol macamni atau dalam paket…Untuk resipi ni, digalakkan munggunakan perasa asli/regular supaya ia tidak menjejaskan rasa pada adunan tepung kita nanti…Tapi kalau nak cuba pelbagai perisa tak salah, ikut selera lah kan….

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago