Udang Goreng Bersalut Telur

Masakan orang laut, masa buat 29 minit sahaja (terbukti sempat sebelum waktu berbuka), resepi daripada bakal mak mertua keduaku.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 29min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Udang Goreng Bersalut Telur

Masakan orang laut, masa buat 29 minit sahaja (terbukti sempat sebelum waktu berbuka), resepi daripada bakal mak mertua keduaku.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan-bahan utama:
  • Udang besar 8 – 10 ekor yang siap dibersihkan (jangan buang kulit dan kepala, hilang kerangupannya)
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 1/2 sudu teh serbuk lada berperisa
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1 sudu teh kicap
  • Minyak untuk menggoreng
  • Garam secukup rasa
  • Sos pencicah:
  • 4 biji cili merah besar ditumbuk/dikisar
  • 2 sudu besar gula ditumbuk/dikisar
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk/dikisar
  • 1 sudu besar perencah udang bercili (Maggi)
  • 4 biji limau kasturi (boleh diganti dengan 1 sudu besar cuka)
CARA PENYEDIAAN
  • Gaul udang dengan tepung ubi sampai sebati.
  • Gaulkan serbuk lada, gula, kicap dan garam secukup rasa bersama telur.
  • Setelah itu, campurkan telur dan bahan-bahan campuran tadi dengan udang yang bersalut tepung ubi. Gaulkan hingga sebati.
  • Goreng satu persatu udang tersebut. Kalau nak cepat, tuang saja semuanya ke dalam kuali.
  • Untuk penyediaan sosnya pula, bahan-bahan sos pencicah tadi ditumis dan masukkan perencah udang bercili Maggi. Kemudian rembeskan limau kasturi. Kacau sekejap. Itu saja!

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago