Resipi sendiri… Makan dengan nasi panas-panas, sedap ni.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Udang Goreng Bercili

Resipi sendiri… Makan dengan nasi panas-panas, sedap ni.

BAHAN-BAHAN

  • 300gram udang sederhana besar
  • 10 biji cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 2 biji kentang
  • Gula, garam, serbuk kunyit dan serbuk perasa secukup rasa
  • Air asam jawa
  • 2-3 sudu sos cili
  • Daun sup dan daun bawang untuk ditabur
  • 1 batang serai
CARA PENYEDIAAN
  • Potong kentang. Gaulkan dengan sedikit garam dan kunyit. Kemudian, gorengkan dengan minyak sehingga empuk. Kemudian ketepikan.
  • Gaul udang dengan garam & kunyit, kemudian goreng separuh masak dalam minyak tadi. Kemudian ketepikan.
  • Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih dan belacan. Kemudian tumis di dalam minyak bersama-sama serai tadi sehingga garing.
  • Masukkan sos cili, garam, gula dan serbuk perasa. Setelah garing, masukkan air asam jawa (jangan banyak sangat, nanti masam pulak).
  • Biarkan hingga hampir kering, kemudian baru masukkan udang dan kentang yang digoreng tadi. Gaulkan hingga semua sebati. Tutupkan api, kemudian, taburkan daun sup dan daun bawang. Siap.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN