Udang Butter

resepi simple dari my beloved mum!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Udang Butter

resepi simple dari my beloved mum!

BAHAN-BAHAN

  • 800gm udang
  • 1/2 buku butter
  • 1 cawan susu cair
  • 1 helai daun pandan diracik halus
  • 20-25 helai daun kari (ikut kesukaan)
  • 1/2 sudu kecil serbuk perisa
  • 5 sudu minyak masak
CARA PENYEDIAAN
  • Mula-mula campurkan 2/3 butter dengan 1/2 cawan susu cair dan gaul sehingga betul-betul sebati. Kemudian sejukkan didalam peti sejuk selama 15-20 minit.
  • Bersihkan udang (ikut suka samada utk tanggalkan kulit atau tidak) kemudian toskan udang sehingga betul-betul kering. Sementara itu bolehlah panaskan 5 sudu minyak masak tadi. Apabila minyak sudah betul-betul panas, gorengkan udang tadi sehingga separuh masak sahaja (agak-agak udang telah bertukar sedikit kemerahan) Kemudian angkat udang yang digoreng separuh masak itu.
  • Sediakan kuali yang bersih dan panaskan kuali diatas dapur. Dengan api yang sederhana besar dan kuali yang sedia panas, masukkan campuran butter dan susu cair yang telah disejukkan tadi. Kacau bahan tersebut diatas api sehingga kering.
  • Apabila campuran butter dan sus cair tadi telah kering kekuningan dan seakan-akan tahi minyak masukkan udang yang telah digoreng separuh masak tadi dan gaul sehingga rata. Kemudian masukkan serbuk perisa (jika tak nak gunakan serbuk perisa pun boleh)
  • Setelah udang digaul rata dan benar-benar kering dan hampir masak, masukkan daun pandan yang telah diracik halus beserta dengan daun kari. Gaul daun pandan dan daun kari tadi bersama sehingga udang benar-benar masak.
  • Masakan udang butter hampir siap, angkat dan hidangkan mengikut kesukaan (dihias bersama daun salad atau carrot yang dihiris halus) Hidangan sedia dimakan bersama nasi putih atau nasi goreng.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago