Tumis Kerang

Masakan kelantan. Resepi dari sepupu. Sangat mudah.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tumis Kerang

Masakan kelantan. Resepi dari sepupu. Sangat mudah.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A:
  • 3kg Kerang
  • 1 btg Pelepah Pisang (bahagian yg ade daun pisang, buang daun & ambil batang nye)
  • Bahan B (Kisar):
  • 10 btg Serai
  • 3 inci Halia
  • 2 labu Bawang Putih
  • 2 labu Bawang Besar India
  • 2 tangkai Cili Padi (jika suka pedas, blh tambah)
  • 1 tangkai Cili Merah
  • Bahan C:
  • Sedikit Minyak utk menumis
  • 2 sb Sos Cili Kimball (guna yg dlm plastik)
  • 4 sk Serbuk cukup rasa (ikut kesesuaian lidah yg memasak)
CARA PENYEDIAAN
  • Mula-mula, ketuk Pelepah Pisang pada bahagian hujung. Bertujuan utk membasuh kerang. Fungsi getah pelepah pisang ni, kulit kerang akan jd putih & semua pasir dlm kerang akan keluar. Lepas cuci, toskan dan ketepikan.
  • Kisar kesemua Bahan Kisar. Dan tumiskan sehingga naik bau & pecah minyak.
  • Kemudian, masukkan sos Tomato Kimball & serbuk cukup rasa.
  • Apabila rasa bahan tumis tu dh sedap & masak, boleh la masukkan kerang yg telah siap di cuci tadi ke dlm bahan tumis.
  • Kacau kerang bersama bahan tumis tu sehingga sebati dan masak di atas api yg perlahan. Biar selama 1/2 jam supaya air kerang tu keluar. Kemudian kacau lagi. Biar kesemua kerang tu di saluti bahan tumis.
  • Bila kerang dh masak, tutup api. Sedia di hidang bersama nasi putih.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago