Resepi ni kawan saya yang ajarkan..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Trifle best

Resepi ni kawan saya yang ajarkan..

BAHAN-BAHAN

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air
  • 5 sudu kastard
  • 2 sudu gula
  • 1 paket agar-agar
  • 1 bungkus kek swissrol atau pun kek apolo
  • cawan plastik atau bekas untuk letak trifle
CARA PENYEDIAAN
  • Kek :
    Susun kek pada lapisan bawah bekas ( hiris tebal atau nipis, terpulang pada diri masing-masing. kalau boleh, hiris tebal)

  • Kastard :

    Masukkan 5 sudu kastard, 1 tin susu cair, 1 tin air, 2 sudu gula (kalau nak manis, boleh letak gula..ikut citarasa masing-masing) ke dalam periuk.

  • Masakkan atas api yang sederhana, jangan terlalu kuat apinya, takut kastard hangit. kacau hingga pekat.
  • Pada lapisan kek tadi, letakkan sedikit air dari koktel supaya kek dan kastard itu akan melekat. kemudian, tuangkan kastard ke atas lapisan kek tersebut.
  • Taburkan koktel atas kastard tadi tanpa air koktel. Biarkan kastard mengeras sdikit.
  • Agar-agar:
    Masak agar-agar seperti arahan yang ditulis di paket tersebut.
  • kemudian tuangkan agar-agar tersebut ke atas kastard tadi.
  • Sejukkan selama beberapa minit sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  • Kemudian siap untuk dihidang. selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN