Triffle Kastad Dan Koktel
Sesuai dimakan semasa sejuk.
Susun kek gulung ke dalam bekas. #Kalau nak cantik, guna kek gulung mini dan jangan potong. Susun dalam bekas lutsinar.
Bancuh jus oren setengah cawan. #Rasa dulu kemudian ketepikan.
Masukkan susu cair dalam kuali (api perlahan dan kacau selalu. Jangan sampai berketul). Tunggu menggelegak.
Bancuh tepung kastad dalam cawan bersama 1/2 cawan air sampai larut.
Masukkan bancuhan kastad ke dalam susu yang menggelegak.
Masukkan 2 sudu gula (boleh dikurang atau ditambah mengikut tahap manis yang diingini).
Masukkan kuning telur yang dah dipukul.
Masukkan jus oren (kira-kira dua sudu makan Sunquick oren). #Rasa dulu. Kalau tak cukup manis dan tak cukup rasa orennya, tambah la lagi).
Tunggu sampai likat kemudian sejukkan sebentar (agak-agak la sejuknya. Jangan sampai dah berketul plak. Suam-suam kuku la) dalam 3 minit dah cukup.
Dalam periuk lain, masak jeli mengikut cara yang tertulis kat belakang plastiknya.
Ambik balik kek gulung yang dah disusun dalam bekas tadi.
Curah jus oren dan sirap koktel atas kek (jangan sampai banjir. Cuma basahkan aje).
Masukkan adunan kastad yang dah sedikit sejuk. Ratakan.
Masukkan buah-buahan koktel tanpa sirap. Tekan sedikit.
Tuang adunan jeli.
Ratakan buah-buahan yang terjojol. Kalau nak cantik dan sedap lagi, pastikan buah-buah tu ditenggelami jeli.
Masukkan dalam peti sejuk.
Beberapa cadangan:
*Guna buah-buahan koktel dalam tin berwarna hijau. Tak ingat jenama la. Tapi buah dalam tu agak menarik macam buah pic, ceri, nenas dan lain-lain.
*Jus/kordial , kek gulung dan jeli boleh ditukar ikut selera. Sebaiknya kalau nak triffle perisa oren, jadi jus/kordial, kek gulung dan jeli kena la perisa oren jugak.
*Masa masak kastad, ada jugak orang bubuh perisa vanila, tapi nak jimat guna je kordial yang ada.
*Kalau nak triffle sedikit keras dan senang dipotong, masa masak jeli tu campurkan sedikit agar-agar. Dah masak, bubuh sedikit atas kek (agak-agak jangan sampai banjir dan hancur kek tu. Asalkan basah, sudah memadai).
*Beli sekotak kek gulung mini yang ada gambar Mickey Mouse.