Tortilla Wrap Chicken Mayonis

mudah, berkhasiat dan SEDAP!!
ada gambar cara2 :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tortilla Wrap Chicken Mayonis

mudah, berkhasiat dan SEDAP!!
ada gambar cara2 :)

BAHAN-BAHAN

  • 4 keping Tortilla Wrap (mudah didapati di Giant/Tesco/Bakery)
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji tomato.
  • 8 helai daun salad
  • 3 ketul dada ayam
  • Mayonis
  • Sos Thousand Island (preferably Lady’s Choice)
  • 1/2 stok/kiub ayam
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus dada ayam di dalam air sehingga masak. (dada ayam lebih banyak isi) Masukkan sedikit stok ayam dan garam secukup rasa.
  • setelah ayam masak, keluarkan dan sejukkan sebentar. selepas tu potong dada ayam kepada ketulan-ketulan kecil dan masukkan ke dalam mangkuk.
  • gaulkan isi ayam tadi bersama mayonis sehingga rata. banyak mana mayonis tu bergantung pada individu, tapi lagi banyak lagi sedap.
  • Cerai-ceraikan daun salad. kemudian potong bawang besar dan tomato secara membulat.
  • Selepas itu ambil 4 keping tortilla wrap dan panaskan menggunakan microwave dengan suhu medium selama seminit. Kalau takde microwave boleh jugakan re-heat dalam kuali. (tortilla wrap boleh didapati di Giant atau Tesco.)
  • Setelah dipanaskan, tortilla diletakkan dia dalam pinggan dan letakkan salad di atas tortilla.
  • Bahagikan ayam mayonis, tomato dan bawang kepada 4 bahagian. Letakkan 1 bahagian di atas salad tortilla yang pertama. Lakukan proses yang sama kepada tortilla yang selebihnya. Kemudian tuang sos thousand island ke atas inti tortilla. yummy!
  • Lipat sisi tortilla, kemudian gulung dari bawah. Kalau tortilla terlalu padat, boleh juga gulung terus dari bawah. (macam gambar)
  • Akhir sekali, potong tortilla wrap yang sudah digulung kepada 2 bahagian… dan sedia untuk dimakan! Cubalah…sedapp… :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago