mudah, berkhasiat dan SEDAP!!
ada gambar cara2 :)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Tortilla Wrap Chicken Mayonis
mudah, berkhasiat dan SEDAP!!
ada gambar cara2 :)
BAHAN-BAHAN
- 4 keping Tortilla Wrap (mudah didapati di Giant/Tesco/Bakery)
- 1 biji bawang besar
- 1 biji tomato.
- 8 helai daun salad
- 3 ketul dada ayam
- Mayonis
- Sos Thousand Island (preferably Lady’s Choice)
- 1/2 stok/kiub ayam
CARA PENYEDIAAN
- Rebus dada ayam di dalam air sehingga masak. (dada ayam lebih banyak isi) Masukkan sedikit stok ayam dan garam secukup rasa.
- setelah ayam masak, keluarkan dan sejukkan sebentar. selepas tu potong dada ayam kepada ketulan-ketulan kecil dan masukkan ke dalam mangkuk.
- gaulkan isi ayam tadi bersama mayonis sehingga rata. banyak mana mayonis tu bergantung pada individu, tapi lagi banyak lagi sedap.
- Cerai-ceraikan daun salad. kemudian potong bawang besar dan tomato secara membulat.
- Selepas itu ambil 4 keping tortilla wrap dan panaskan menggunakan microwave dengan suhu medium selama seminit. Kalau takde microwave boleh jugakan re-heat dalam kuali. (tortilla wrap boleh didapati di Giant atau Tesco.)
- Setelah dipanaskan, tortilla diletakkan dia dalam pinggan dan letakkan salad di atas tortilla.
- Bahagikan ayam mayonis, tomato dan bawang kepada 4 bahagian. Letakkan 1 bahagian di atas salad tortilla yang pertama. Lakukan proses yang sama kepada tortilla yang selebihnya. Kemudian tuang sos thousand island ke atas inti tortilla. yummy!
- Lipat sisi tortilla, kemudian gulung dari bawah. Kalau tortilla terlalu padat, boleh juga gulung terus dari bawah. (macam gambar)
- Akhir sekali, potong tortilla wrap yang sudah digulung kepada 2 bahagian… dan sedia untuk dimakan! Cubalah…sedapp… :)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.