Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan masukkan dalam periuk.
Masukkan air, rebus bahan yang ditumbuk bersama serai yang dititik, daun limau purut (sekiranya mahu gunakan asam gelugor boleh dicampur sekali masa merebus) dan kiub tom yam.
Bila menggelegak dan naik bau boleh masukkan makanan laut serta sayuran yang lain.
Apabila semua hampir masak, boleh la dimasukkan sos ikan lebih kurang 2 sudu besar serta garam secukup rasa.
Boleh la dihidangkan dengan menabur daun sup/daun bawang dan dimakan bersama nasi panas.
Kongsi Resepi Ini
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.