Nampak rumit tapi senanggggg sangat…..sedap kalau makan waktu petang. Nikmatinya dgn jiwa yang tenang dan aman….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tom Yam Laksa

Nampak rumit tapi senanggggg sangat…..sedap kalau makan waktu petang. Nikmatinya dgn jiwa yang tenang dan aman….

BAHAN-BAHAN

  • 1 bungkus mee laksa, rendam 15 minit, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak.
  • 500g ayam, dipotong kecil, perap dgn asam limau 10 minit, cuci bersih dan toskan
  • 10 – 15 ekor udang sederhana besar, dibersihkan
  • 7 – 8 ekor sotong sederhana besar, dipotong bulat dan bersihkan
  • 2/3 botol “LIFE” tom yam paste
  • 2 batang serai, dititik
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 genggam daun kesom
  • 200 ml pati santan (guna santan kotak pun ok)
  • 1 liter air (atau lebih mengikut keperluan)
  • Sos ikan (nampla) secukup rasa
  • 2 kuntum bunga kantan, belah dua
  • BAHAN-BAHAN DIKISAR HALUS:-
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah kecil
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 camca teh lada hitam biji
  • BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:-
  • Tauhu, digoreng dan hiris nipis
  • Telur rebus, dibelah dua
  • Timun, dihiris halus
  • Daun selasih, dihiris halus
  • Taugeh, dicelur
  • Cili padi, dihiris halus
  • Bawang besar, dihiris halus
  • Limau kasturi, dibelah dua
CARA PENYEDIAAN
  • UNTUK KUAH:- Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk. Masukkan serai titik dan bahan2 dikisar halus. Tumis hingga wangi, masukkan “LIFE” tom yam paste dan kacau goreng hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul hingga rata. Kecutkan ayam 5 minit.
  • Masukkan air dan biar mendidih. Kemudian masukkan daun kesom, bunga kantan dan daun limau purut, biar mendidih. Masukkan sotong dan udang diikuti pati santan. Bila mendidih masukkan sos ikan ( anggaran 4 – 5 camca besar) secukup rasa. Biar mendidih pada api perlahan 2 – 3 minit.
  • UNTUK PENYEDIAN LAKSA:- Dalam mangkuk, isi kan mee laksa, hirisan bawang, timun dan taugeh. Tuang kuah hingga menutupi mee tadi. Hias dgn hirisan tauhu, daun selasih, cili padi, limau kasturi dan telur rebus….boleh lah makan lepas tu….
  • Ini rupa rempah tom yam “LIFE” yang mat guna utk resipi nie…
  • Bagi yang tak berapa pasti mcm mana rupa paras daun selasih atau sweet thai basil boleh rujuk pada gambar.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN