Tofu-Tauhu-Tokua

Orang Kedah panggil Tokua. Terpaksa belajar buat sendiri pasal kat middle east ni susah nak jumpa.Leceh betui. Tak la susah sebenarnya buat tokua ni rupanya. Jom kita buat tokua sendiri..makan tanpa was was.

Puas hati buat sendiri sebab kalau beli kat kedai, selalunya diorang letak plaster of paris. Kalau selalu makan tokua, bayangkan plaster of paris dok dalam badan…bahaya beb!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tofu-Tauhu-Tokua

Orang Kedah panggil Tokua. Terpaksa belajar buat sendiri pasal kat middle east ni susah nak jumpa.Leceh betui. Tak la susah sebenarnya buat tokua ni rupanya. Jom kita buat tokua sendiri..makan tanpa was was.

Puas hati buat sendiri sebab kalau beli kat kedai, selalunya diorang letak plaster of paris. Kalau selalu makan tokua, bayangkan plaster of paris dok dalam badan…bahaya beb!

BAHAN-BAHAN

  • 1.5 liter air soya
  • 1/4 cawan cuka
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan air soya dalam periuk hingga mendidih
  • Tutup api. Tuangkan cuka. Kacau sekejap. Tutup periuk selama lebih kurang 5 minit. Air soya akan curdle mcm kat gambar sebelah ni.
  • Ambik bekas plastik yg berlubang tepi dan bawah dan lapikkan dengan kain kasa. Saya guna plastik berlubang tapis sayur jer. Kalau nak tokua bentuk empat segi, gunakan bekas yg berbentuk 4 segi ok.
  • Tuangkan soya kedalam bekas tadi. Air akan keluar melalui lubang bekas ni. Lipatkan kain kasa untuk tutup tokua tadi. Tindankan buku tebal 2,3 buah keatas bekas tadi untuk mengeluarkan semua air.
  • Tokua siap lebih kurang 20 minit. Kalau nak keras lagi, tindan dengan buku lebih berat sikit dan lebih lama sedikit. Lepas tu, bolehlah digoreng dengan sayur :)
  • NOTA: Resipi ini akan menghasilkan semangkuk tokua. Kalau nak lebih alang alang dah buat tu, sila double or triple resipi ni. Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago