Tempoyak siput sedut/belitung. Masakan kegemaran keluarga.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tempoyak Siput Sedut

Tempoyak siput sedut/belitung. Masakan kegemaran keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg siput sedut/belitung (potong hujung/belakang)
  • Sedikit daun cekur (kalau suka)
  • 6 sudu besar tempoyak (bubuh lebih pun boleh)
  • Cili padi
  • Kunyit hidup (besar ibu jari)
  • 1 helai daun kunyit
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 batang serai
  • 1 cawan pati santan
CARA PENYEDIAAN
  • Potong sedikit bahagian tirus siput sedut dan bersihkan siput dengan pelepah pisang atau hampas kelapa.
  • Kisar bawang merah, cili padi dan kunyit hidup (kalau kunyit serbuk kurang sedap dan warna tak berapa cantik).
  • Tumis bahan kisar, tempoyak dan serai hingga naik bau.
  • Masukkan santan dan siput (kalau terlalu pekat tambah air).
  • Kacau selalu kuah supaya tidak hangit (siput akan masak dalam jangkamasa pendek).
  • Masukkan daun kunyit dan daun cekur apabila kuah hampir mendidih.
  • Ubahsuai bahan mengikut kesukaan masing-masing, contoh kalau suka pedas, tambah cili padi.
  • Kuahnya mesti agak pekat baru sedap bila siput disedut.
  • Hati-hati kalau terlalu pedas, nanti tersedak bila siput disedut.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN