Tempoyak goreng pedas

Resepi dari neneknda Dayang Halimah…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tempoyak goreng pedas

Resepi dari neneknda Dayang Halimah…

BAHAN-BAHAN

  • 300g tempoyak (yang masam sikit)
  • 3sb cili kering (yang diblender halus)
  • 20biji cili api (ikut citarasa nak pedas cam maner)-(ditumbuk)
  • 6 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • 1 ulas bawang besar ( dipotong 4 & dihiris )
  • segenggam ikan bilis (basuh & toskan.tumbuk bersama bawang)
  • segenggam udang kering (rendam dengan air panas jap.pastu toskan)
  • 8sb gula (digaul bersama tempoyak..ikut citarasa nak kurang or tambah)
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2sk serbuk kunyit
CARA PENYEDIAAN
  • Mula-mula,gaulkan tempoyak dan gula.biarkan sekejap.
  • Tumbuk bersama bawang putih,merah,cili api & ikan bilis.
  • Gunakan api yang sederhana,panaskan minyak & masukkan cili kering yang diblender tadi hingga angkat baunya.
  • Lepas cili kering dah mengeluarkan aromanya,masukkan pula udang kering yang telah direndam tadi.Gaul seketika.
  • Kemudian,masukkan pula bahan tumbuk,bawang besar & serbuk kunyit. Goreng bahan hingga garing.
  • Selepas bahan tumbuk garing, masukkan tempoyak & gaul rata..(biar bahan-bahan tadi mesra bersama tempoyak)
  • Setelah itu,masukkan garam & gaul lagi..Rasakan manis & masin tempoyak itu.
  • Apabila rasa masin & manisnya dah cukup & tempoyak pun dah masak,hidangkan bersama nasi panas….
  • Selamat menjamu selera…..:)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago