Try buat tempe sendiri sebab suka banget makan tempe. Senang saja nak buat tempe, cuma yang susah nak cari ragi tempe tu.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tempe

Try buat tempe sendiri sebab suka banget makan tempe. Senang saja nak buat tempe, cuma yang susah nak cari ragi tempe tu.

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan kacang soya direndam semalaman
  • 2-3 sudu cuka makan
  • 1 sudu teh ragi tempe
  • 4 keping plastic sandwich ziploc
  • 4 cawan air
CARA PENYEDIAAN
  • Kacang soya yg telah direndam semalaman di ramas ramas untuk mengeluarkan kulit dan memecahkan kacang soya (supaya terbelah). Cuba buang sebanyak mungkin kulit kacang soya. Kalau masih tertinggal sedikit tu tak apa.
  • Basuh kacang soya dan masukkan kedalam periuk dengan 4 cawan air dan cuka. Rebus selama 30-40 minit.
  • Toskan kacang soya dan masukkan kembali kedalam periuk tadi. Kacau atas api yang sederhana untuk mengeringkan kacang soya tadi. Kacau selalu jangan bagi hangus. Kacau lebih kurang 5-10 minit.
  • Tuang kacang soya kedalam besen dan biarkan sehingga sejuk.
  • Setelah kacang soya sejuk, masukkan ragi tempe dan kacau dengan senduk yang bersih sehingga rata.
  • Masukkan 2 senduk besar kacang soya kedalam plastic sandwich ziploc tadi dan seal kan. Cucuk beberapa lubang kepada plastic tadi dengan pisau atau lidi.
  • Peramkan di dalam almari atau mana mana tempat yang tertutup dan panas. Saya letak dalam almari dapur saja. Selepas 2-3 hari, siap la tempe tu.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago