Tempe Buatan Sendiri

Tempe buatan sendiri di rantau orang

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tempe Buatan Sendiri

Tempe buatan sendiri di rantau orang

BAHAN-BAHAN

  • 1kilogram kacang soya
  • 2gram ragi tempe
  • 8 keping beg plastik sandwich
CARA PENYEDIAAN
  • Rendam kacang soya semalam.
    Setelah kembang, pecah-pecahkan kacang soya supaya kulitnya tanggal.
    Basuh sehingga bersih sambil cuba tapiskan kulitnya sebanyak yang mungkin
  • Rebus selama 45minit ke 1 jam.
    Sambil tu cuba buangkan kulit kacang yang timbul, tapi jangan gusar kalu masih ada yang tinggal.

    Ada sesetengah pihak mencampurkan cuka tapi tak perlu pun sebenarnya.

  • Tos kacang soya dan keringkan.
    Samada biarkan kering sendiri atau goreng seketika atau cara yang saya guna, gunakanlah kipas angin.
  • Campurkan kacang yang sudah kering dengan ragi tempe.
    Di UK/Europe kami boleh dapati dari kedaiperantau.blogspot.com atau di tempe.info.com
    Jika di KL, banyak ragi tempe boleh di dapati di Chow Kit.
  • Macam-macam cara untuk membungkus tempe, tetapi oleh kerana daun pisang dan daun rambai (rasanya lebih enak dan lazat) amat sukar didapati di sini maka saya menggunakan plastik sandwich yang dicucuk 1-2cm secara tegak dan melintang.
    Ketebalan bergantung kepada citarasa masing-masing. Tetapi keluarga saya suka ketebalan +/-10mm, lebih kurang 250g sebungkus
  • Tekan-tekan dan mampat-mampatkan kacang didalam plastik sehingga rata.

    oo tak perlu gunakan rolling pin ni, anak saya menolong masa ni.

  • Letak di tempat yang panas- jika di UK di tepi heater sehingga dia berpeluh.. jika di Malaysia letak saja di dapur dan tutup dengan kain, selama 36-48jam.

    Anda akan lihat kulat putih memenuhi kacang anda.

  • Tahniah, anda telah berjaya membuat tempe anda sendiriā€¦.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago