?Telur Masak Lemak Dhall Daun Kari™

Masakan harian famili.Lauk harian biasa2 aje tapi mmpunyai kelainan rasa dgn adanya daun kari dan lada kering yg ditumis dahulu…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Telur Masak Lemak Dhall Daun Kari™

Masakan harian famili.Lauk harian biasa2 aje tapi mmpunyai kelainan rasa dgn adanya daun kari dan lada kering yg ditumis dahulu…

BAHAN-BAHAN

  • 4-6 biji telur
  • 2 pelepah daun kari – dipetik
  • 3 tangkai cili kering – cuci dan dikerat 3
  • 1 biji bawang besar*
  • 1 ulas bawang putih*
  • sedikit belacan*
  • 1/2 cawan kacang dhall – direbus empuk
  • secukup santan dr 1 biji kelapa
  • garam secukup rasa
  • 1 sk kunyit serbuk
  • 3 sb minyak masak utk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Tumbuk halus bahan2 bertanda *.
  • Panaskan minyak di dlm periuk dan tumis cili kering dan daun kari hingga wangi.Masukkan pula bahan2 yg ditumbuk,kunyit serbuk dan kacau hingga rata.Tuangkan sedikit air dan masukkan kacang dhall yg telah direbus. Kacau lagi hingga sebati.
  • Masukkan secukup santan dan garam secukup rasa.Masak hingga mendidih dan pecahkan telur satu-persatu di dalam kuah lemak dan masak atas api yg perlahan.Kacau kuah perlahan2 supaya telur tidak pecah dan masak hingga telur masak.Siap untuk disajikan.
  • ***Boleh juga menggunakan lebihan putih telur sahaja dan masukkan kedlm masakan ini.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago