Mula-mula tumiskan bawang merah & putih sehingga naik bau. kemudian, masukkan sos tiram, kicap dan garam. selepas itu masukkan isi ketam/udang, dan sayur brokoli. tumis sehingga layu. akhir sekali, masukkan tauhu yg telah di hancurkan tadi. tutup api dan masukkan bahan inti itu ke dalam bekas.
Ambil kulit popia, letakkan inti tauhu tadi kedalamnya dan ikat seperti bentuk bunjut. ikat dengan menggunakan sayur kucai itu. kemudian masukkan kedalam bekas untuk di stim kan selama 5-6 minit.
Sediakan sup, tumis bawang merah dan putih. masukkan sos tiram, kicap dan garam secukup rasa. kemudian masukkan air stok ayam. masak sehingga menggelegak. kemudian masukkan telur ke dalamnya dan kacau dengan cepat. tutup api dan tuangkan sup ini di atas tauhu yg telah di stimkan tadi.
Sedia di hidang dan selamat mencuba :)
Kongsi Resepi Ini
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.