Idea daripada ‘Cikgu Love’.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tauhu Kucai

Idea daripada ‘Cikgu Love’.

BAHAN-BAHAN

  • 500 gm tauhu/tauhu Jepun
  • 2-3 biji bawang merah
  • 1-2 biji bawang putih
  • 1 setengah sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil minyak bijan (jika suka – resipi asal tiada)
  • 1 sudu kecil kicap (jika suka – resipi asal tiada)
  • Secekak daun kucai
  • Minyak untuk menggoreng & menumis
  • 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan 2 sudu besar air
CARA PENYEDIAAN
  • Tauhu dipotong ikut saiz yang disukai, kemudian goreng hingga kekuningan. Ketepikan.
  • Bawang merah & bawang putih dikisar, kemudian tumis dalam sedikit minyak sehingga wangi. Kalau suka, boleh campakkan 2-3 biji cili api.
  • Masukkan kicap, sos tiram & minyak bijan. Kemudian masukkan lebih kurang 1 cawan air. Biarkan hingga mendidih.
  • Masukkan pula daun kucai yang telah dikerat-kerat, masak hingga sedikit layu. Kemudian pekatkan kuah dengan memasukkan bancuhan air tepung jagung.
  • Akhir sekali, masukkan tauhu yang telah digoreng tadi…kacau-kacau & angkat. Siap untuk dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN