resipi yg telah di’twist’ sket dari resipi asal di rasamalaysia.com..bagi penggemar tauhu & takleh makan pedas,boleh cuba masakan chinese yg lemah gemalai nie ;)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tauhu & Cendawan

resipi yg telah di’twist’ sket dari resipi asal di rasamalaysia.com..bagi penggemar tauhu & takleh makan pedas,boleh cuba masakan chinese yg lemah gemalai nie ;)

BAHAN-BAHAN

  • beberapa keping tauhu
  • semangkuk kecil ayam cincang
  • 8 ekor udang segar saiz M
  • separuh tin cendawan butang,dicuci dan toskan airnya,belah 2
  • 3 ulas bwg putih dicincang
  • sepokok daun bawang,dihiris
  • minyak masak
  • bahan sos:
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar kicap
  • 3 sudu besar air
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1/4 sudu kecik minyak bijan
  • sedikit serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil tepung jagung
CARA PENYEDIAAN
  • Tauhu dipotong kiub2 dan keringkan dengan kitchen towel
  • Satukan bahan sos dalammangkuk dan kacau sebati.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan tauhu agak2 keperangan je.(Bukan deep fry yer).Angkat dan toskan.
    (boleh juge skip step ni dan terus ke step seterusnya tapi bila nak masukkan tauhu yg belum digoreng,kacau pelan2 supaya tauhu tak bederai)
  • Tumis bawang putih dalam kuali yg sama,hingga wangi dan keperangan.
  • Masukkan ayam cincang dan gaul rata.tambah air sikit jika perlu.bile dah separuh masak,masukkan udang dan cendawan dan kacau lagi.
  • Masukkan kembali tauhu yg dah diperangkan tadi,kacau rata dan masukkan bahan sos,dan sebatikan. Renehkan sedikit,pastu masukkan daun bawang,kacau dan boleh lah dihidangkan dengan nasi putih

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN