Taucu Pucuk Labu

Lagi masakan sayur kampung.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Taucu Pucuk Labu

Lagi masakan sayur kampung.

BAHAN-BAHAN

  • Pucuk labu (bahagian batang ambil dekat-dekat dengan pucuk sebab batangnya keras, kalau suka ambil aje)
  • 2-3 sudu besar taucu
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 ulas bawang merah (hiris)
  • 1.5 inci halia (hiris kecil)
  • Sedikit ikan bilis
  • 1 keping asam (jika suka – tapi masam lagi sedap)
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • 1 – 1 1/2 cawan air
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dalam kuali. Setelah panas, tumiskan bawang dan halia, bila dah layu masukkan taucu. Kacau sikit sebelum dimasukkan air.
  • Bila mula menggelegak masukkan ikan bilis, asam keping dan pucuk labu. Biar ia masak, sebelum diangkat, perasakan dengan garam (sikit sahaja sebab taucu dah masin) dan gula.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago