UNTUK MEMBUAT SHELL TART: Kacau mentega dan gula kastor sehingga sebati tapi jgn sampai kembang.
Masukkan telur dan esen vanila ke dalam STEP 1 hingga sebati.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
Ambil sedikit doh dan bulatkan. Kemudian masuk doh yang telah dibulatkan ke dalam acuan tat dan tekan-tekan doh tersebut. Buang lebihan dengan pisau. (Bekas acuan boleh di lenserkan sedikit dengan mentega jika mahu)
Cucuk dasar tart dengan garfu supaya dasarnya tidak mengembang.
Setelah itu, bolehlah di bakar dengan suhu 180C selama 10-12 minit. (Pastikan oven di panaskan terlebih dahulu dgn suhu 180c selama 10-15 minit).
Bila siap di bakar, biar tart dlm acuan 2-3 minit. Kemudian boleh di keluarkan dari acuan dan di sejukkan sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.
UNTUK FILLING: Krim keju di potong kecil. Kemudian pukul krim keju sehingga creamy.
Masukkan esen lemon, mentega dan gula dan pukul sebati. Selepas itu masuk pula telur dan tepung gandum pukul lagi hingga sebati.
Isi dahulu jem strawberi ke dlm shell tart, kemudian di ikuti dgn adunan krim keju.
Boleh hias dengan jem atau buah strawberi di atas krim keju. ATAU boleh juga lukis atas krim keju dgn pewarna merah.
Boleh lah di bakar pada suhu 160c selama 10 minit @ hingga masak (filling tak melekat pada jari). Sejukkan sebelum di NGAP….. SIAP :)
Kongsi Resepi Ini
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.