Tart Keju Strawberi

Snack lazat~

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tart Keju Strawberi

Snack lazat~

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN UNTUK SHELL TART:
  • 400gm Tepung gandum
  • 90gm Gula Kastor
  • 170gm Mentega (Butter)
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • BAHAN UNTUK ISI:
  • 250gm Krim keju
  • 3 sudu besar Gula Kastor
  • 2 sudu besar Mentega
  • 1 sudu besar Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil Esen Lemon
  • 1 biji telur ayam
  • Jem strawberi secukupnya~ikut suka
CARA PENYEDIAAN
  • UNTUK MEMBUAT SHELL TART:
    Kacau mentega dan gula kastor sehingga sebati tapi jgn sampai kembang.
  • Masukkan telur dan esen vanila ke dalam STEP 1 hingga sebati.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
  • Ambil sedikit doh dan bulatkan. Kemudian masuk doh yang telah dibulatkan ke dalam acuan tat dan tekan-tekan doh tersebut. Buang lebihan dengan pisau. (Bekas acuan boleh di lenserkan sedikit dengan mentega jika mahu)
  • Cucuk dasar tart dengan garfu supaya dasarnya tidak mengembang.
  • Setelah itu, bolehlah di bakar dengan suhu 180C selama 10-12 minit. (Pastikan oven di panaskan terlebih dahulu dgn suhu 180c selama 10-15 minit).
  • Bila siap di bakar, biar tart dlm acuan 2-3 minit. Kemudian boleh di keluarkan dari acuan dan di sejukkan sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.
  • UNTUK FILLING: Krim keju di potong kecil. Kemudian pukul krim keju sehingga creamy.
  • Masukkan esen lemon, mentega dan gula dan pukul sebati. Selepas itu masuk pula telur dan tepung gandum pukul lagi hingga sebati.
  • Isi dahulu jem strawberi ke dlm shell tart, kemudian di ikuti dgn adunan krim keju.
  • Boleh hias dengan jem atau buah strawberi di atas krim keju. ATAU boleh juga lukis atas krim keju dgn pewarna merah.
  • Boleh lah di bakar pada suhu 160c selama 10 minit @ hingga masak (filling tak melekat pada jari). Sejukkan sebelum di NGAP…..
    SIAP :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago