Tangkup Kaya

Mereka-reka sendiri tapi ok le..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tangkup Kaya

Mereka-reka sendiri tapi ok le..

BAHAN-BAHAN

  • KAYA
  • 2 biji telur
  • 2 Cawan santan
  • 3/4 cawan gula pasir + 1 cawan air
  • Sedikit garam
  • 2 camca makan tepung kastad
  • Pewarna hijau
  • 2 helai daun pandan(disimpul)
  • KULITNYA
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • Sedikit garam
  • Pewarna kuning
  • Sedikit minyak
  • Acuan karipap
CARA PENYEDIAAN
  • Buat kaya dulu. Masak gula dgn 1 cawan air hingga larut.
  • Masukkan telur,tepung kastad,garam dan santan dalam blender.Blend supaya sebati.
  • Tuang bahan yang diblen dalam air gula.Kacau.
  • Masukkan daun pandan.Kacau sampai pekat.
  • Angkat dan ke tepikan
  • Buat kulitnya pulak. Masukkan tepung gandum,air dan garam dalam blender dan blend.Tapis.
  • Panaskan kuali leper dan sapu sedikit minyak
  • Ceduk sesenduk kecil tepung yang ditapis tadi dan buat dadar atas kuali. Guna api sederhana.
  • Apabila dah kering bahagian atasnya,tak perlu dialih terus angkat.
  • Letakkan atas acuan karipap dan letakkan sesudu kaya ditengah-tengahnya. Tutup acuan dan buang rejanya.
  • Keluarkan dari acuan .Letak atas pinggan.
  • Siap untuk dimakan. Rejanya boleh cicah dengan kaya. Ataupun jika tak mahu ada reja, buat dadar besar sikit dan gulung macam ketayap jeā€¦satu kelainan.Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago