Talam Sago Pandan Ais

Nyaman dimakan sejuk

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Talam Sago Pandan Ais

Nyaman dimakan sejuk

BAHAN-BAHAN

  • Bahagian Bawah
  • 1 1/2 cawan sago mata ikan
  • 7 helai daun pandan (jadikan 1 cawan jus pandan)
  • 1 1/2 cawan gula
  • 4 cawan air
  • 5 titik pewarna hijau epal
  • Bahagian Atas
  • 100gm tepung hon kuew
  • 4 1/2 cawan santan (dpd 1 biji kelapa – blend je kelapa tu supaya santannye pekat)
  • 2 sudu teh garam (kalau xnak masin sgt – kurangkanlah garamnye je)
  • Lain-lain bahan
  • 2 cawan gula merah
  • 2 cawan air
  • Ketulan ais
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan kukusan.
  • Dalam periuk, satukan semua bahan bahagian bawah dan masak sehingga adunan memekat dan berkilat. Mudah kalau kacau gunakan whisk. Masukkan adunan kedalam acuan.
  • Dalam periuk, satukan semua bahan atas dan masak sehingga naik wap. Gunakan whisk untuk mengacau. Bila dah naik wap, tutup api tapi teruskan mengacau kerana kepanasan periuk membantu untuk memekatkan adunan.
  • Tuang adunan diatas adunan sago tadi. Kukus selama 10-15 minit. Sejukkan.
  • Masakkan pula gula merah dan air sehingga mendidih kemudian tapis.
  • Bila kuih dan air gula dah sejuk, boleh lah dihidangkan. Cara menghidang, potong sekeping talam, curahkan air gula dan masukkan beberapa ketulan ais. Nyaman dihidang sejuk.
  • Peringatan : kak ogy suka lapisan atas talam ini masin sedikit. Kalau anda xmahu ianya masin, kurangkan garam ye.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago