?Talam Pulut Kuning Berlauk™

Kalau ada lebihan pulut kuning selepas kenduri-kendara tapi dh tkde lauk nk dilawankan,boleh ler cube kuih talam ni yer…atau boleh buat pulut kuning dgn cara mudah yg akak sertakan sekali dlm resipi… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Talam Pulut Kuning Berlauk™

Kalau ada lebihan pulut kuning selepas kenduri-kendara tapi dh tkde lauk nk dilawankan,boleh ler cube kuih talam ni yer…atau boleh buat pulut kuning dgn cara mudah yg akak sertakan sekali dlm resipi… :)

BAHAN-BAHAN

  • LAPISAN PULUT KUNING :- (ATAU 1.2 kilo pulut kuning siap masak)
  • 600 g beras pulut – cuci bersih
  • 350 ml santan (100ml KARA + air)
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan – dikerat2
  • 1 sk serbuk kunyit*
  • 1 sb pewarna kuning lemon*
  • 1-2 keping asam keping*
  • LAPISAN ATAS :-
  • 975 ml santan pekat (400ml KARA + air)
  • 75 g tepung gandum
  • 105 g tepung beras
  • 2 biji telur kecil – (atau 1 biji telur besar)
  • garam secukup rasa
  • BAHAN LAUK :-
  • 1/2 kilo daging cincang – cuci dan toskan
  • 2 ulas bawang kecil*
  • 1 hiris halia*
  • 1 sk campuran jintan halus dan kasar* – disangar (tumbuk bersama bahan2 yg bertanda*)
  • 1 sk serbuk lada putih
  • BAHAN TABUR :-
  • secukup daun sup,daun bawang,cili merah yang dihiris halus dan bawang goreng
  • ***Masak bahan untuk lauk seperti biasa hingga kering dan sejukkan.
CARA PENYEDIAAN
  • UNTUK LAPISAN PULUT KUNING :-
    rendam beras pulut dengan bahan2 yg bertanda selama 2 jam, toskan dan campurkan dengan santan,garam dan daun pandan dan kukus selama 20-30 min,keluarkan pulut dan arunkan rata2 lalu kukus lagi 5 min atau hingga masak.
  • Gaul pulut kuning dengan 1/4 bahagian lauk daging hingga rata dan padatkan di dalam loyang yang dialas daun pisang dan digris.Kukus lagi dengan api perlahan sementara menyiapkan lapisan atas.
  • UNTUK LAPISAN ATAS :- Satukan santan dan tepung2 dan tapis.Masukkan telur dan garam dan 1/2 bahagian lauk dan 1/2 bahagian bahan2 taburan dan masak hingga naik wap sambil dikacau.Tuang ke atas lapisan pulut kuning tadi dan tabur lebihan lauk daging dan lebihan bahan taburan dan kukus terus hingga masak lebih kurang 30 min.
  • Biar kuih benar2 sejuk,potong dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago